Saturday, May 16, 2009

Siapakah anda??

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....
hanyalah sekadar renungan...
pikir2kan lah

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.-->N. Sulaiman sendiri x pernah mengabaikan solatnya; jangan harap dapat memiliki kerajaan seperti N. Sulaiman yg merangkumi seluruh haiwan dan jin; atau apa2 kerajaan pun even sebuah keluarga bahagia, jika solat tidak mampu ditegakkan dengan baik!!

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. -->orang yg lebih rugi adalah orang yg malas beramal sejak muda; memikirkan nyawanya masih panjang sedangkan mengakui ajal maut di tangan Tuhan. paradox dengan diri sendiri!

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. -akhlak yg baik memberatkan timbangan neraca kanan kita kelak.dan tiadalah Rasulullah diutuskan selaen drpd menyempurnakan akhlak manusia.jgn perkecilkan impak akhlak yg baik di dunia ini.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.-->sesungguhnya kejayaan terbesar, tertinggi, teragung, plg ultimate bg seorang manusia ialah berjaya memasukkan dirinya ke dalam syurga Allah SWT. cari lah di dalam Al-Quran, tiada kejayaan laen yg Allah acknowledges selain dr berjaya memperoleh syurga. pangkat tinggi, lebih bijak dr orang lain, cantik, tampan, baju lawa etc3 semuanya tiada nilai jika kita tidak berjaya masuk ke syurga.dan orang yg benar2 sedar kenyataan ini adlh orang yg sebenar2nya BERAKAL. mari kita fikir sebentar, di manakah anda gunakan akal kita sekarang?

1 comment:

  1. you hav improve my fren..
    ;D
    nice info...
    huhu...
    harap2 kite x lah tergolong dlm golongan yg sia2

    ReplyDelete