Baru sahaja lepas menonton cerita Damping Malam pada malam tadi
Boleh la tahan cerita tu
Tak la menyeramkan sangat pun
walaupun pada hakikatnya tengok cerita sambil peluk bantal
sampai ibu kata " Hai, belum pape lagi dah tutup muka "
Aku pun buatlah muka sengih sambil cakap " Mana ada, orang peluk je "
ahaha
Btw, tengok cerita tu dapat satu analogi yang sungguh mudah
apa dia?
macam ni
Semua percaya yang manusia memerlukan oxygen untuk hidup
tapi kita tak nampak pun oxygen tu ada kat udara ni
sedangkan udara pun kita tak boleh nak lihat
tapi oxygen tu SANGAT-SANGAT PENTING
untuk manusia supaya manusia boleh terus bernafas dan hidup
Bayangkan kalau tak ada oxygen
apa yang akan jadi pada manusia?
bukan setakat manusia.
tumbuhan-tumbuhan pun tak dapat nak lakukan proses 'photosynthesis'
untuk buat makanan masing-masing
Samalah macam tuhan kita iaitu ALLAH
kita percaya Allah tu wujud
tapi kita tak tahu DIA ada di mana
tapi yang kita tahu memang DIA wujud
jadi kita umat islam wajib percaya pada yang SATU
tiada yang SATU melainkan-NYA
DIA yang telah menciptakan segala-galanya
DIA juga maha mengetahui apa sahaja yang nyata mahupu yang tersembunyi
Jadi kuatkan iman kita
teguhkan pegangan kita
insyaALLAH..
peringatan untuk diri sendiri juga
No comments:
Post a Comment